Jumaat, 29 April 2011



TARBIYAH DI SEBALIK TIRAI IMTIHAN



Alhamdulillah 5 paper sudah berlalu, masih berbaki 3 paper lg untuk exam kli ni..maharah tarjamah, news n features writing and bi 3..mudah2an dikurniakan kekuatan tok mengharunginya.. amin.(,”)

Musim2 exam ni ambik kesempatan mse tok mencoret something tok dikongsi  live dari diri untuk semua y sudi membaca…ayt cam poyo kot. Ha2. ad gap 3 hari agak relax kot..slagi esok blom exam slagi 2 la blom trasa debarannya..ha2.

Andai Ramadhan menjadi  bulan tarbiyah buat umat islam mengapa tidak pada musim exam ni… apa bnda nak tulis sbenarnya ni..kala  ramadhan kita menahan diri dari makan , minum dan perkara2 yang dilarang, kita usha tok perbaiki ibadah kita..klu kta amati , klu kte hayati dan dalami,  senarionya lebih kurg sme ap y kta alami musim2 exam ni kn.. xbnyk pun ada walau sedikit..

Sememangnya mgu2 exam waktu yang agk tensen buat kte sbagai student, bnyk bende nk kne pham, bnyk bnde nk kne bce, and xkurg bnyknnya yang kte perlu afal tok certain2 subjek semata-mata tok exam… 2 la kte. Tp hakikatnya saat2 inilah mnjadi pluang berharga tok kte bersihkan diri kte dan mujadah semampunya…btol kn..

Klu bukan waktu exam spanjang minggu2 study 2 mungkin kte x dpt tumpukan ingatan kte sepenuhnya pada Tuhan, walau x slalu pasti ad wktu kita lupa walau seketika Cuma.. atas alasan tugasan yang terlalu banyak dan urusan dunia yang selalu menipu..hatta kekadang solat pun fikirannya melayang ntah ke mana .. hakikatnya itulah manusia .xlari dari salah dan khilaf.. tp klu exam ni len pula realitinya.xbnyak task y perlu kte buat, sbaliknya tumpuan hnya tok exam n study, org kte mkan buku, tdur buku.. tiap saat dgn buku (2 org y rjen xmcm kami).hari2 yang dilalui  juga mampu diatur dengan baik bergantung kpd pemilik diri masing2.

Boleh dikatakan sepanjang exam ni,  Tuhan menjadi tempat bergantung dan tempat merintih sepenuhnya buat kte..DIA lah yang memberi kfahaman dan membuka hijab tok kte faham dan kuasai ilmu..alangkah baiknya andai syuur ini sentiasa thabit dalam diri..

Ap y pling pnting dan pling ktara ialah berkaitan solat dan kualiti ibadah seharian.. hidup kita akan menjadi  berkat andai kta utamakan urusan dgn Allah berbanding urusan dunia.. contohnya solat fadhu , solat sunat mahupun amalan2 lain yang menjadi topup dan pendinding buat kte.. dlam Surah al-Ankabut ayat  69 Allah berfirman :


قول الله تعالى: ﴿ وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ)العنكبوت:69(

Maksudnya : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Begitulah janji Allah pd org2 yang sentiasa memperbaiki amalannya dan sentiasa memenuhi kehendaknya.. jgn dsebabkan tok kepentingan dunia,  kte mengundang murka Allah.. solat selalu lewat, dan buat perkara2 yang dilarang oleh agama semata-mata tenangkan diri  dan hilangkan tekanan kononnya..  itu bukan cara yang telah islam anjurkan.. sebaliknya kte buat perkara2 y berfaedah dan berzikir mengingati Allah kerana “ sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..” zikir 2 bkn solat je kn.mcm2 perkara kte bleh buat..

Akhirnya sme2 la kte ambil pluang perbaiki diri terutamanya musim2 exam y msih berbaki ni,  moga tarbiyah saat ini mampu menyucikan diri kita dan menguatkan lg hati untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya..

Kata alim min ulama’ : setiap hamba perlulah sentiasa bersifat peka dan bersungguh- sungguh mengutip ‘mutiara – mutiara’ hikmah  dan ikhtibar tidak kira waktu susah dan senang , redha atas ketentuan Tuhan setelah kta berusaha dan bertawakal...




“ exam 2 penting , jaga hubungan kte dengan Allah jauh lebih penting .
Dan kehidupan di dunia juga perlu, kerana adanya hari akhirat..”



"سلام إمتحان..  وفقنا الله جميعا بالخير والنجاح دنيا والأخرة"

Sabtu, 9 April 2011

PERLUNYA MENJAGA HATI 



Menurut Imam Al-Ghazali, menjadi  kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajiban inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukallaf supaya menjaga hati mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat.

Hati merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati hati.

ASAS PERTAMA: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:
Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.”

Dalil di atas dapat difahami bahwa, jika seseorang berhasrat atau terlintas di hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya. Allah menyebut dalam surah al Maidah, ayat 7:

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hambanya.”

rentetan daripada ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba-Nya dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 51 :
“Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.”

Lantaran itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan kalimah “Amat mengetahui segala isi hati hamba-Nya” dengan tujuan supaya setiap hamba mengetahui segala ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi mengingati dan berhati-hati supaya tidak dilakukan perbuatan yang dilarang secara sengaja atau sebaliknya.

Allah memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak hati yang amat sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui zahir dan batin juga segala niat isi hati yang mengatur segala perilaku hambanya.

Berdasarkan demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan : "Lihatlah olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segala hatimu". Maksudnya renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan dari segala kerja hati yang terdiri dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan. Sekiranya baik teruskanlah, andai sebaliknya hentikan dengan segera.

ASAS KEDUA : Sabda Rasulullah s.a.w. : ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’

Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama yang difokuskan oleh Allah swt untuk diberi ganjaran terhadap amal hambaNya. Tetapi alangkah pelik dan hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah tetapi yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta penghormatan sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn pengorbanan seharian tanpa keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)

ASAS KETIGA: Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah pendiriannya serta eloklah perilaku anggota2 lain yang semuanya mengikut kehendak hati.

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang berbunyi:
‘Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’

Berdasarkan ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati merupakan anggota yang. paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan seorang hamba, asas segala amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala anggota yang merupakan panduan kepada rohani dan jiwa setiap insan.

Demikianlah peranan hati sangat besar tanggungjawabnya ke arah mengendalikan nilai diri, tatkala kejahilan mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka bumi.

Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah menjadi pemangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah melakukan ibadat dan berakhlak mulia sesama manusia.

Sekian, wassalam.


ARAH GRAVITI HATI



Hati itu berbolak balik siftnya. Bolak baliknya hati umpama kuah yang mendidih dan menggelegak. Begitulah sabda Nabi Muhammad s.a.w. Simpang siurnya begitu licik, naik turunnya berbolak balik.Kekadang ia baik dan suci  bagai asal mulanya.Namun  seketika cuma mampu bertukar menjadi jahat  dan kusam, bagaikan lakaran syaitan yang sentiasa memantulkan kejahatan pada setiap insan.

Para Muttaqin (org2 yang bertaqwa) pernah memberi petunjuk : Bila hatimu keras, buas dan liar sekali , bukalah al-Quran , baca dan tadabbur isi tersiratnya. Bukanlah al-Quran penawar hati ? Namun jika masih keras juga,dirikanlah solat, kerana solat itu zikir penyucian hati..Dan sekiranya masih keras juga ..bagunlah qiam di dinihari. Berwuduk dan berdoalah , mohon pdNya agar dikurniakan hati yang lain kerana pd hakikatnya hati yang kau miliki saat ini bukan lagi hatimu.

Menurut alim dari ulama’:Hati itu ditarik antara dua graviti.Pertama, graviti tahap tinggi pautan ilham para malaikat . Kedua , graviti menjunam ke arah kehinaan simpulan was-was para syaitan .

Ingat mati pembasuh hati yang gelisah pada jiwa yang resah.Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran pd kita.Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati . Biarlah mati sentiasa mati dalam hati kita...kerna ap?. Bayangkan bagaimana saat kematian itu tiba pasti kita takud dan gentar...tambah pula saat dtgnya hati perhitungan nanti..berat mana amal baik dan buruk yang telah kte buat.. Allahu a’lam.

Muhasabah buat diri dan semua. x kira ap pun graviti hati kita saat ini, tetapi setialah dengan kebaikan yang kte ada, dimana sja kte berada dan xkire ap jua keadaan sekalipun.. Mudah2an kte mampu kembali ke fitrah yang asal, walau sakit , walau sukar kta perlu bermujahadah…

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah .Kita di sini untuk menanam . Di akhirat nanti barulah menuai. Musim bertanam mmglah payah – mencangkul , membaja, menjaga daripada serangga dan macam2 lagi kesusahan .Apabila menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.” Pahrol Mohd Juoi.







BAIK BURUK PERANAN HATI 

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati "
Hadis di atas menjelaskan bahawa kebaikan dan keburukan manusia datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya.

Andai hatinya kotor, maka segala perbuatannya akan menjadi  jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat, mengikut kehendak hati dan hawa nafsu. 
Tapi macam mane kite nak tahu tahap mane bersih dan kotornya hati kite ye. sedangkan kita x bleh nampak hati kita, nk menilai dari luaran memang xboleh..

Andai hati letaknya pada tempat muka mesti ramai yang berwaspada kan.. tgoklah macam mne bimbangnye kita bile ada something yang x kne pada muka kita, macam2 benda sanggup kita buat.setiap apa yang Allah cipta pasti ada hikmahnya.btol kn..

Tapi cantiknya muka hanya pada zahir..sedang hati sukar untuk kite menilainya. Padahal hanya setitik noda hitam yang melekat pada hati kita mampu mempengaruhi amal dan  tindakan kita kn...hebatnya hati

   Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang bermaksud :

“Di hari yang tiada bermanfaat apakah harta benda begitu juga anak-anak melainkan siapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.”

Hati yang  bernilai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara2 yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih"




Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang bergelar maksum, tetapi beliau sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih, apa lagi kita yang kerdil dan banyak buat dosa ni…Subhanallah.

Oleh itu sahabat2, sentiasalah kita memohon pada Allah supaya dikurniakan hati yang bersih dan suci untuk mentadbir diri kita ke arah jalanNya.

Pada kami hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.bantulah kami meluruskan tadbir menjurus kepada takdir-Mu Ya Rabb.

wallahua’lam.


HATI DAN AMAL



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’I , Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.
          Suatu hari ketika para sahabat duduk  bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud : “ sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.”
          Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya .Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada sebelah kiri. Keesokan hari Rasulullah s.a.w mengulangi perkataan yang sama : “ akan datang seorang lelaki penghuni syurga” . dan muncul juga lelaki yang sama .begitulah Nabi mengulanginya sehingga tiga kali.
          Seusai majlis Rasulullah  itu, Abdullah bin Amr bin al- Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh nabi itu dan beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.
          “Saya bertengkar dengan ayah saya , saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya .Bolehkah kamu beri tempat perlindungan kepada saya selama tempoh tersebut?” pinta  Abdullah bin Amr bin al- Ash r.a kepada lelaki itu.
          Abdullah diizinkan oleh orang itu untuk tidur di rumahnya dan bermalam di situ. Selama itu Abdullah menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga.Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan  sesuatu apa pun yang istimewa dalam ibadahnya.
          Kata Abdullah : “ setelah tiga hari aku tidak melihat kelebihan  amal hamba itu hatta aku hampir meremehkanya, lalu aku berkata : “ hai hamba Allah ! .sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya.Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang dirimu sampai tiga kali, ‘akan dtang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.’.aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menuru jejak langkahmu.Mudah2an dengan amalan ayang sama aku mencapai kedudukanmu’. Berkata lelaki tersebut : ‘ Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan ’.
          Ketika aku mahu pulang dia memanggil ku dan berkata : “ Demi Allah , amalku tidak lebih dari apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan  rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.”
          “ Lalu aku berkata : ‘ begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu darpada perasaan dengki , inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu.Inilah yang tidak mampu kami lakukan.” ( Hayat As-sahabah , jijid 2).
          Sahabat2, besar pengajaran dapat kita ambil daripada kisah ini.Hati yang tidak menyimpan rasa dengki dan prasangka terhadap sesama muslim pada zahirnya nampak macam perkara biasa, bahkan sebenarnya ia adalah akhlak mulia yang sukar untuk kita capai dan amat tinggi kedudukannya di sisi Allah. Wallahu a’lam.


Antara Mata dan Hati

 


Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya

Sepatutnya rasa malu kepadanya
Kerana anugerahnya kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya

Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

Munsyid : Hijjaz .http://liriknasyid.com


BIAR BUTA MATA JGN BUTA HATI


Sayangnya, jalan mujahadah yang lurus itu sudah tidak lurus lagi pada pandagan kita.. kenapa?  Ini semua gara2 butanya mata yang ada di dalam dada.betol kan

Firman ALLAH yang bermaksud : “...kerna sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta , tetapi yang buta itu adalah hati di dalam dada..” – Al-Haj 46

Buta mata tidak nampak jalan didunia, mankala buta hati tidak nampak jalan ke akhirat. Padahal kte adalah warga akhirat . Bukankah datuk kte Nabi Adam a.s dan nenek kte Siti Hawa berasal dari syurga ?

Buta mata kerna tidak ada cahaya tetapi buta hati kerna bertuhankan hawa nafsu hingga kte tak sanggup lagi bersusah payah di jalan mujahadah !
Orang yang buta hati  hanya nampak kesenangan yang smentara dan melupakan kesenangan yang tiada penghujungnya..

Lihatlah, budaya hedonisme dipuja, bagaikan Tuhanyang dituruti segala kemahuannya.Inilah parasit hati yang  menyebabkan kite tidak mahu bersusah-susah kerana Allah.

“ kejahatan itu menyeronokkan  pada awalnya, tapi pasti ada penyesalan pada akhirnya.kebaikan itu menyusahkan pada awlnya tp pasti ada kemanisan bila dilakukan.” Bak kate ustaz hati

KUASA SEBUAH HATI.



Tuhan memberikan kita 2 mata untuk melihat , 2kaki untuk berjalan , 2 tangan untuk bekerja , 2 telinga untuk mendengar , tetapi kenapa hati kita Cuma satu je ye ? adakah kita perlu mencari pasangannya ? ” .

          NASIHAT IBNU QAYYIM : Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akn terlerai kecuali melaksanakan kehendak Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t  .Di dalam diri manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung , bertemu dan berjumpa dengannya.
         
          Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada’ dan qadarnya serta sabar sehingga menemuiNya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepdaNya dan memohon padanya,

          Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. Apa yang hati kata lain dari bicara mulut . Mereka sering tidak bersefahaman. Mulut sering sahaja menagih janji sedangkan hati memendam rasa. Namun akibat dari tindakan diri akan dirasai oleh keduanya.



KATA LUKMAN AL- HAKIM : Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi terhadap perkataan.Akal memproses logik. Hati memproses emosi.Akal dan logik mengasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.Allahu A’alam.



PENCIPTAAN HATI



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” 
[An-Nahl: 78]

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” [Al-Hajj: 46]

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan manusia. Manusia memiliki bagian luar dan bagian dalam. Pada bagian dalam manusia terdapat banyak anggota tubuh, yang paling pentingnya adalah jantung, hati, dan lambung.

Lafadz Al-Qalbu dapat disebutkan untuk dua makna :

Pertama, (Jantung) Daging yang berbentuk sanubari, yang terletak di sebelah kiri dada. Dia adalah daging istimewa. Di bagian dalamnya terdapat rongga. Pada rongga tersebut terdapat darah hitam yang merupakan sumber dan tempat penyimpanan ruh. Darah mengalir ke dalam jantung lalu dipam kembali dengan perantara pembuluh-pembuluh darah untuk memelihara tubuh.

Kedua, Lathifah Rabbaniyyah Ruhaniyyah. Dia memiliki keterikatan dengan jantung. Lathifah tersebut merupakan hakikat manusia. Dialah yang dapat memahami, mengetahui, dan mengenal. Dialah yang diberikan perintah, tuntutan, pahala, dan hukuman. Lathifah tersebut memiliki hubungan yang kuat dengan jantung.

Ruh adalah raja halus. Sumbernya adalah rongga jantung. Dia tersebar ke seluruh bagian-bagian tubuh dengan perantara pembuluh-pembuluh darah. Dia berjalan di dalam tubuh. Pancaran cahaya kehidupan dan pancaindera; pendengaran,dan  penglihatan berasal darinya menuju anggota-anggota tubuh, sama seperti pancaran cahaya lampu yang diedarkan di sudut-sudut rumah.

Manusia dianggap istimewa berbanding binatang dengan sebab akalnya, namun menyerupai binatang di dalam amarah dan syahwat, dia akan dirasuk dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Sehingga dia akan menjadi orang buta yang menggunakan akalnya untuk menciptakan jalan-jalan kejahatan.



Mencetak kehidupan bermula dengan mencetak hati . Melakar lukisan hidup adalah mengikut garis lakaran hati. Potret kehidupan adalah cerminan wajah hati . Jika hati cantik , akan berserilah wajah kehidupan kita , begitulah juga sebaliknya.

Hati juga mempunyai bashirah atau penglihatan . Penglihatan hati bisa menembusi pandangan kasar. Pandangan hati selalunya lebih tepat  daripada pandangan mata kasar. Mata hati yang terpandu oleh cahaya illahi akan menyuluh kehidupan ini.

Jika kita sedang berjalan dalam kegelapan, cahaya lampu suluh amat bermakna buat kita . Jika kehidupan dunia ini adalah satu perjalanan yang penuh kegelapan yang melalaikan , maka suluhan hati berpaksikan cahaya  iman itulah yang diperlukan.