Sabtu, 9 April 2011

ARAH GRAVITI HATI



Hati itu berbolak balik siftnya. Bolak baliknya hati umpama kuah yang mendidih dan menggelegak. Begitulah sabda Nabi Muhammad s.a.w. Simpang siurnya begitu licik, naik turunnya berbolak balik.Kekadang ia baik dan suci  bagai asal mulanya.Namun  seketika cuma mampu bertukar menjadi jahat  dan kusam, bagaikan lakaran syaitan yang sentiasa memantulkan kejahatan pada setiap insan.

Para Muttaqin (org2 yang bertaqwa) pernah memberi petunjuk : Bila hatimu keras, buas dan liar sekali , bukalah al-Quran , baca dan tadabbur isi tersiratnya. Bukanlah al-Quran penawar hati ? Namun jika masih keras juga,dirikanlah solat, kerana solat itu zikir penyucian hati..Dan sekiranya masih keras juga ..bagunlah qiam di dinihari. Berwuduk dan berdoalah , mohon pdNya agar dikurniakan hati yang lain kerana pd hakikatnya hati yang kau miliki saat ini bukan lagi hatimu.

Menurut alim dari ulama’:Hati itu ditarik antara dua graviti.Pertama, graviti tahap tinggi pautan ilham para malaikat . Kedua , graviti menjunam ke arah kehinaan simpulan was-was para syaitan .

Ingat mati pembasuh hati yang gelisah pada jiwa yang resah.Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran pd kita.Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati . Biarlah mati sentiasa mati dalam hati kita...kerna ap?. Bayangkan bagaimana saat kematian itu tiba pasti kita takud dan gentar...tambah pula saat dtgnya hati perhitungan nanti..berat mana amal baik dan buruk yang telah kte buat.. Allahu a’lam.

Muhasabah buat diri dan semua. x kira ap pun graviti hati kita saat ini, tetapi setialah dengan kebaikan yang kte ada, dimana sja kte berada dan xkire ap jua keadaan sekalipun.. Mudah2an kte mampu kembali ke fitrah yang asal, walau sakit , walau sukar kta perlu bermujahadah…

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah .Kita di sini untuk menanam . Di akhirat nanti barulah menuai. Musim bertanam mmglah payah – mencangkul , membaja, menjaga daripada serangga dan macam2 lagi kesusahan .Apabila menuai nanti barulah terasa nikmat dan seronoknya.” Pahrol Mohd Juoi.






0 ulasan:

Catat Ulasan

apa kata mereka.(,")