Sabtu, 9 April 2011


BAIK BURUK PERANAN HATI 

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati "
Hadis di atas menjelaskan bahawa kebaikan dan keburukan manusia datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya.

Andai hatinya kotor, maka segala perbuatannya akan menjadi  jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat, mengikut kehendak hati dan hawa nafsu. 
Tapi macam mane kite nak tahu tahap mane bersih dan kotornya hati kite ye. sedangkan kita x bleh nampak hati kita, nk menilai dari luaran memang xboleh..

Andai hati letaknya pada tempat muka mesti ramai yang berwaspada kan.. tgoklah macam mne bimbangnye kita bile ada something yang x kne pada muka kita, macam2 benda sanggup kita buat.setiap apa yang Allah cipta pasti ada hikmahnya.btol kn..

Tapi cantiknya muka hanya pada zahir..sedang hati sukar untuk kite menilainya. Padahal hanya setitik noda hitam yang melekat pada hati kita mampu mempengaruhi amal dan  tindakan kita kn...hebatnya hati

   Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang bermaksud :

“Di hari yang tiada bermanfaat apakah harta benda begitu juga anak-anak melainkan siapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.”

Hati yang  bernilai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara2 yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih"




Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang bergelar maksum, tetapi beliau sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih, apa lagi kita yang kerdil dan banyak buat dosa ni…Subhanallah.

Oleh itu sahabat2, sentiasalah kita memohon pada Allah supaya dikurniakan hati yang bersih dan suci untuk mentadbir diri kita ke arah jalanNya.

Pada kami hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.bantulah kami meluruskan tadbir menjurus kepada takdir-Mu Ya Rabb.

wallahua’lam.


0 ulasan:

Catat Ulasan

apa kata mereka.(,")