Ahad, 31 Julai 2011

 مبارك عليكم الشهر ..



 قال تغالى : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونسورة البقرة أية 185



 نهنئكم بقدوم شهر الرحمة والغفران شهر رمضان المبارك ونحمد الله أن أمد في أعمارنا وادركنا الشهر الف ونكون من الصائمين القائمين بشهر رمضان.يسرني أن أقدم لكم أطيب التهاني وأجمل التبركات بمناسبةحلول شهر رمضان المبارك, تقبل الله صيامكم وقيامكم وصالح الأعمال , وأعاده عليكم بالخير وايمن والبركة إنه قريب مجيب الدعاء.كل عام وأنتم بألف خير.





  NASIHAT RAMADHAN - HIJJAZ





Selasa, 26 Julai 2011

Pesan buat yang jatuh cinta..






Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..



~di petik dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha












Rabu, 13 Julai 2011

Monolog hari jadi..




Salam sejahtera buat sahabat2 dan teman pengunjung.. mudah-mudahan hari yang kita lalui hari ini lebih dari semalam dan hari-hari yang seterusnya.biiznillah..(“,).Syukur dan pujiku selayaknya dan selama-lamanya pada Mu Ya Tuhan kerna menganugerahkan nikmat yang tidak putus-putus pada sekalian hambaNya.





Alhamdulillah hingga hari ini genap usiaku 22 tahun.. kalau tolak dua kt depan tu kan bagus.. kembali semula ke alam kanak-kanak. Terbalik pulak, dulu time kanak-kanak tak sabar nak jadi dewasa.. sekarang baru tahu pahit manisnya kehidupan kan..apa pun segala-galanya di bawah kudrah Yang Esa.. tadbirlah ia sebaik yang mungkin..

       Saat teman-teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? dan hari ini, esok ,lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan.Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku.?

          Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu Ya Allah.Walaupun kau tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu.Ya Allah segala kekuatan hanya pada-Mu jua..Kau yang Maha Tahu apa yang terbaik buatku..aku merayu pada-Mu Ya Allah..pada tarikh ini untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela..rasa malu dan hina untuk meminta.apakah aku diterima?

          Ya Allah.. pada hari ini aku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku.mohon dijinakkan nafsu liarku…tenangkanlah gelojak hati ini..Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun dipinggiran rahmat-Mu.Walau aku sering lupa namun aku sentiasa mendamba..

          Aku kembara hampir jauh.. namun kolam hatiku kian keruh.Beban kian berat..diriku kian penat.Urusan kian payah.jiwa kian tidak tenang dek bisikan yang datang dan pergi..  Justeru mudah-mudahan dihari lahirku ani aku ‘dilahirkan’ semula .Sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu.. yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap … takut kalau-kalau dimurka.Harap minta-minta diampuni..

          Buat sahabat,teman dan kenalan .. terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerna gagal mendekat. Pada yang hampir maaf kerna tak pandai membelai…

Menurut ungkapan inggeris :  “In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning…” ( Dalam kehidupan ini  kerap kali yang kita lihat sebagai pengakhiran rupa-rupanya adalah sebagai satu permulaan yang baru…)






Syukran Ya Rabb kerana Kau telah pinjamkan emak abah pada ku serta keluargaku.. tanpa kuasaMu dan tanpa dua insan ini, siapalah aku saat ini..daripada jutaan sel yang telah Kau ciptakan, aku antara yang terpilih untuk melihat keajaiban alam ini.. [ayat bukan main…ha2.nak buat macam mana itulah y terbit dari hati..layan je..].


 Ya Tuhan panjangkan umur mak dan abah kami.. 
kurniakan mereka kekuatan dan kesihatan tok terus 
melakukan ketaatan padaMu.. bantulah mereka, 
mudahkan segala urusannya,..lindungilah mereka,
kurniakanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah,
serta tempatkanlah mereka di bawah naungan rahmatMU Ya Rahman… 
Sesungguhnya hanya padaMu selayaknya kami memohon.
Perkenankanlah doa kami Ya  Rahim.



Kita di dunia umpama layang-layang di langit takdir. 
Kita terbang tinggi, rendah, jauh,dekat,hanya di lembayung iradah-Nya.Kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak , selagi rangka masih teguh.. 
tapi apabila tali sudah ditarik turunlah dengan redha. 
Kita tidak berhak utk terus terbang sekiranya maut menjemput pulang..(“,)








Selasa, 5 Julai 2011

Anugerahkan padaku syuur itu..


Tuhan..

Berilah aku kekuatan dan kesabaran..
Dalam mengharungi hari-hari dalam hidupku..
Dalam mujahadahku melawan nafsuku..
Dalam hijrahku mentahsin diri ini...
Dalam ushaku melayani kerenah anak-anak kecil ini..
Agar mereka mampu menjadi yang terbaik dari terbaik..
Mampu menjadi anak soleh dan solehah..
Mudah-mudahan menjadi insan terpilih..
Yang menjadi penyujuk di mata-mata yang melihatnya..
Yang menjadi penawar di hati yang gundah gulana...
Suatu hari nanti…

Tuhan..
Bimbinglah kemarahanku, kebijaksanaanku…
kesabaranku, kelembutanku, hukumanku..
Dan  segala-galanya dengan seimbang..
Agar aku terdidik untuk mendidik...
Sungguh aku yakin saat itu akan datang padaku..
Cuma detik itu KAU lah penentunya..
Pinjamkan aku kekuatan itu Ya Rabb..
Anugerahkan syuur itu dalam hatiku Ya Rahman…
Sungguh padaMu selayaknya aku memohon dan merintih Ya Rahim..

 permata anugerah Tuhan...
pinjaman buat seketika...
padanya amanah dan tanggungjawab mulia..
Robbuna..
pilihlah kami untuk ikhlas, walau kami tahu ikhlas itu sangat rahsia..



 adik zafri..(paling baik dan pendiam kot..;)


 adik khadijah salsabila, nazhan n sumayyah kauthar...
 (pantang kalau ada yang x kena..pasti ada yang jadi mangsa kot..;)


Ya Allah aku belom sampai tetapi sungguh aku telah memulakan perjalanan.. walau susah sungguh aku pasrah padaMu.. Lihat aku , kasihanilah aku , kutip aku wahai al A’fu.. kupohon padaMu cahaya hati..(”,)