Selasa, 24 Mei 2011

Mencintai yang lain kerana Allah.




Ciri kedua orang yang merasai kemanisan iman adalah dengan mencintai seseorang atau sesuatu kerana Allah semata-mata. Persahabatan, persaudaraan, percintaan, pertemuan, perpisahan, persatuan, perjuangan , permainan atau apa-apa sahaja yang dilakukan bersama-sama orang lain hanyalah kerana Allah, bukan “ kerana-kerana” yang lain.

Segala hubungan sama ada antara anak dan ibu bapa, suami isteri, majikan dan pekerja , pemimpin dan pengikut, guru dengan murid, hanya kerana melaksanakan perintah Allah bukan semata-mata kerana fitrah (kehendak semula jadi).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain selain naungan-Nya ( antara mereka adalah) dua orang yang saling mencintai kerana Allah..” (Riwayat al- Bukhari)

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana mencintai seseorang kerana Allah ?

Seorang anak yang mencintai ibu bapa kerana Allah akan merasakan bahawa menerusi ketaatan kepada kedua ibu bapanya dia boleh taat kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud : “ bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu.” ( Surah Lukman 31: 14)

Suami isteri yang saling mencintai kerana Allah pula ialah mereka yang memenuhi perintah Allah ini : “ Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri ( daripada tanah), supaya kamu bersenag hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan- Nya antara kamu ( suami isteri) perasaan kasih sayang  dan belas kasihan . Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan – keterangan ( yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum 30 : 21)

Para pengikut yang cintakan pemimpin kerana Allah ialah mereka yang berpegang teguh kepada cinta Allah berdasarkan mafhum firman Allah ini : “ Taatilah Allah taatilah Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu.” ( Surah an- Nisa’ 4 : 59)

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya manjaga hubungan kasih sayang antara saudaranya atas landasan iman kepada Allah s.w.t. dan amal solah. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan melalui sabda baginda yang bermaksud : “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” ( Riwayat Ahmad)

Maksudnya kita mencintai saudara seislam bukan kerana manfaat duniawi. Dan andai kita benci pun bukan kerana itu.

Kita cintakannya semata-mata atas dasar iman dan amal soleh yang dilakukan bukan kerana “ nilai-nilai komersial” . Sebab itu banyak hadis yang menyatakan, seseorang yang menziarahi saudaranya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran selain untuk menyambung ikatan silaturahim atau untuk menyelesaikan masalah saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada solat sunat.

Dalam athar disebutkan : “ tidak ada kenikmatan seorang hamba yang lebih baik setelah nikmat Islam selain daripada kenikmatan memperoleh sahabat yang soleh ; apabila lupa dia akan mengingatkan dan apabila ingat dia akan membantunya.”

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Seorang Islam adalah saudara orang islam yang lain. Tidak boleh dianiaya dan tidak boleh diserahkan kepada pihak musuhnya. Sesiapa yang membantu menunaikan hajat saudaranya , maka Allah juga akan menunaikan hajatnya. Dan sesiapa yang menghilangkan beban- beban kesusahan orang Islam , maka Allah membalas pula dengan menghilangkan beban kesusahannya pada hari kiamat kelak. Dan sesiapa yang menutup cacat kesalahan orang Islam , maka Allah juga menutup cacat celanya di hari kiamat kelak.” (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)




SUMBER : SOLUSI ISU NO : 30. (AGAR  KEMANISAN IMAN TIDAK TAWAR DAN HAMBAR,  PAHROL MOHAMAD JUOI)



Rabu, 18 Mei 2011

alhamdulillah...



Alhamdulillah akhirnya sampi juga masa yang ditunggu-tunggu.. perjuangan untuk sem 6 sudah berakhir.. bengkel penulisan tesis pun alhamdulillah dah selesai dengan jayanya…tahniah kepada kawan-kawan yang dapat join bengkel tersebut hingga ke akhir, terpaksa korbankan cuti and tangguh tiket.. mudah2an segala usha yang kte lakukan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNaya.. insya-Allah..

Di kesempatan ni belom terlambat rasanya nak ucap selamat Hari guru buat semua warga pendidik yang banyak mencurah bakti buat anak2 bangsa. Ucapan terima ksih buat ustaz n ustazh di skpb n sra parit baru , sam parit baru, samtssaas bt 38 , pensyarah2 di usim dan tak lupa juga buat guru-guru wktu tadika dlu.. bila kenang balik segannya pada mereka..bagaimana kerenahku wktu tu hnya mereka yang tahu… syukron atas jasa dan pengorbanan kalian, tanpa kalian siapalah kami waktu ini. Moga Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi kalian..amin (,”) . ( hakikatnya ucapan tak penting pun, apa yang penting doa tok kesejahteraan dunia akhirat mereka yang bernilai sbnrnya kan…)



Senyap-senyap tinggal lagi 1 sem je tok study sebelum menjejakkan kaki ke LI. 12 hb may menjadi detik paling bahagia buat kami.. paper terakhir madah bi3. walaupun agak terkejut dengan soklan yang keluar, namun alhamdulillah kami masih  mampu tersenyum dan dapat menjawab dengan  tenang... apa pun tawakal dan berdoa setelah berusaha.. terpaksa gagahkan diri walau hakikatnya kesihatan mental dan fizikal tidak begitu baik tok paper terakhir.. ujian Tuhan..mudah2an tempoh itu menjadi tarbiyah dan sedikit sebanyak mampu kurgkan dosa kecilku... alangkah hinanya diri ini andai Tuhan tidak ampuni dosa2 kami..

Masa berlalu begitu pantas rasanya…. Pejam celik sem dpan dah masuk sem 7. perasaan nak abeh belaja ni seakan-akan seronok.tp bila difikir balik.. sepanjang belajar lebih kurang 3 tahun ni apa ilmu yang kami dah belajar... sejauh mana penghayatannya. Perlunya muhasabah semula. Bila dah abeh blaja nanti apa bakti yang mampu kami sumbangkan pada masyarakat... banyaknya persoalan yang belom terjawab…





 sekitar proses pembikinan video stand upper 
tok madah news and features writing...




 memori bermakna sekitar minggu praktikal kursus keusahawanan..
seumur hidup sekali kot belah kelapa kt usim..
gara2 dah terdesak... x pasal2 jd famous kjap.




 penapis minyak hasil idea kreatif bersama...
nak save budget penye pasal.. patotlah cendawan jadi hangus..
xpe learning proses..pengalaman baru..



Kata seorang alim : “ Setiap hari adalah penghidupan baru kpd orang bijak. Belajarlah melupkan kelmarin , usah khuatirkan hari esok dan berfikir serta bekerjalah untuk hari ini.. katakan pada diri, seolah-olah tiada tak ada esok bagimu.lalu dengan rasa itulah kita bekerja tanpa bertangguh .tidak ada hari esok tidak ada kata tangguh, itulah semangat para sahabat Rasulullah s.a.w.”





Sabtu, 7 Mei 2011


Niat kita, hidup kita.


Sesungguhnya semua perbuatan dan ucapan seseorang adalah berdasarkan kepada niat. Setiap perbuatan tidak akan dianggap benar, sempurna atau diterima kecuali berdasarkan niatnya yang benar. Sabda Nabi s.a.w : 

“ Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat .”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Ahmad bin Hanbal juga  pernah berkata : “ Aku menyukai setiap orang yang melakukan amalan berupa solat , puasa atau sedekah dan kebaktian apa sahaja , asalkan dia mendahulukan niat sebelum melakukannya.”

Niat sangat mempengaruhi hidup kita, dan sesungguhnya Allah akan memperlakukan kita sesuai dengan apa yang kita niatkan.Alangkah ramainya manusia yang mengalami kesengsaraan dalam mengharungi bahtera hidup ini lantaran keliru memasang niat di awal perjalanan.

Entry kali ni niatnya nak berkongsi satu kisah yang di ambil dari majalah solusi isu 27 di sebalik pesan taqwa hasil tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.. Pengarang mengambil kisah tersebut daripada kitab Tahzib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal  oleh Al- Hafiz Jamaluddin al- Mizzi.Kisah tersebut menceritakan kisah hidup seorang pakar hadis dan ahli fiqah abad ke-2 Hijrah di Makkah, iaitu Abu Muhammad Sufyan bin ‘Uyainah al-Hilali.

Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Sufyan bin ‘Uyainah al-Hilali untuk menyatakan keluhan keadaan hidupnya. Ia berkata, “ wahai Abu Muhammad, aku mengeluh akan sikap isteriku . Dia memperlakukan ku dengan sikap yang sangat buruk. Seolah-olah aku adalah orang yang paling hina dan tak berharga di matanya.”

Mendengar aduan itu, Ibn ‘Uyainah tunduk diam. Sekian lama dia tak mengucapkan apa-apa kalimah pun dari bibirnya. Beberapa ketika ketika dia mengangkat kepala dan berkata , “ Apa motivasi kamu apabila kamu menikahi isterimu itu ? apakah agar kau mendapat kemuliaan kerana status keluarganya?”

Lelaki itu mengiakannya. Ibn ‘Uyainah berkata : “ Orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan .Orang yang menginginkan kekayaan akan diberikan kefakiran . Dan orang yang menginginkan kesolehan , maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.”

Beliau kemudiannya bercerita : “ saya memiliki tiga orang adik-beradik, iaitu Muhammad, Imran dan Ibrahim. Muhammad anak yang paling tua , Imran paling bongsu dan aku anak pertengahan.

“ Apabila Muhammad hendak berkahwin, dia menginginkan kemuliaan. Lalu beliau mencari pasangan dari keluarga yang lebuh tinggi status sosialnya. Akhirnya, dia diperlakukan dengan sangat hina oleh isteri dan keluarga isterinya.
“ Imran menginginkan kekayaan, maka dia mencari pasangan yang berasal dari keluarga kaya. Akhirnya dia jatuh dalam kefakiran. Mereka merampas semua hartanya dan tidak meninggalkan sedikit pun untuk dirinya.”

Ibn ‘Uyainah melanjutkan : “ beberapa lama kemudian, kebetulan Ma’mar Bin Rashid datang ke negeri kami. Lalu aku meminta nasihat daripadanya sambil menceritakan kisah kedua-dua orang saudaraku itu. Beliau lalu menyampaikan kepadaku haid Yahya Bin Ja’dah : “ seorang wanita dinikahi kerana empat perkara , iaitu kerana hartanya,keturunanya,  kemuliaanya, dan kerana kecantiknnya.Maka carilah wanita yang solehah, nescaya engkau akan beruntung.” Juga hadis Aisyah : “ wanita yang paling besar keberkatannya adalah wanita yang sedikit biaya maharnya.”

“ Lalu aku mencari untuk diriku seorang wanita solehah, serta paling ringan biaya maharnya, untuk melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.Akhirnya, Allah menghimpunkan bagiku kemuliaan, kekayaan dan kesolehan.” Begitulah kisahnya.

Berkata Hasan al-Basri : Apabila perhatian seseorang hamba ditujukan kepada akhirat, maka Allah akan menjaga hajatnya dan mengayakan hatinya.Dan apabila perhatiannya tertuju kepada dunia maka Allah akan memperbnyakkan masalah dan menjadikan kefakiran di depan matanya.Ia akan bangun pagi dalam keadaan fakir, dan masuk ke  petang dalam keadaan fakir.”
(Riwayat Imam Ahmad dalam kitab az-Zuhd)




قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :إن العبد ليعمل أعمالا حسنة فتصعد الملائكة في صحف مختمة 
فتلقى بين يدي الله تعالى فيقول: ألقوا هذه الصحيفة فإنه لم يرد بما فيها وجهي


 .

Rabu, 4 Mei 2011


 Muhasabah Cinta..

Kebelakangan ni rata- rata kawan di FB asyik bercerita tentang kahwin.. diri sendiri pun kadang-kadang msuk terpengaruh.. bukan sje kawan yang umurnya dah agak matang macam kami- kami ni je..malah adik-adik yang masih bawah umur pun mula berjinak-jinak dengan cinta. Sungguh berbeza dunia hari ini, hatta ada sesetengah rakan tu yang state  status kt FB dah  berkahwin..walhal tak benar pun. Cuma pasangan tu je yang dok syok sendiri kot, sebaliknya mak ayah mereka tak tahu ape pun..mungkin mereka bangga dengan status tu atau mungkin ada udang di sebalik mee..bukan nak mengata atau mengupat, tp itulah realitinya sekarang..

Hangat-hangat mereka bercerita tentang kahwin tu mereka dah betul-betul bersedia untuk mendirikan rumahtagga ke..dari segi fizikal dan mentalnya..  kalau sekadar untuk berseronok, ada baiknya betolkan niat dulu.. mudah-mudahan diberi hidayah.. kate orang berkahwin tu memang segalanya indah. Tapi ikutlah panduan yang digariskan oleh syariah.. baru bahagia hingga ke syurga.. ramai lagi yang masih tak jelas tentang erti cinta yang sebenar-benarnya, bagaimanakah rupa cinta yang mampu kekal hingga ke syurga..

Cukup sekadar itu. Post kali ni sebenarnya nak berkongsi sesuatu yang rasanya penting untuk dikongsi bersama, tengah-tengah asyik mengexplore kat FB tiba-tiba pula terjumpa video  ceramah ni.. menarik rasanya tok dikongsi, kepada yang dah tahu ada baiknya dijadikan peringatan semula… kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah Az-Dzariyat ayat 55 yang bermaksud :

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”



Petikan daripada Forum Antara Dua Cinta Minggu Zikrul Maut 2011, IIUM ...
“Anda dapat syurga sebelum kahwin,Tuhan akan tarik syurga selepas kahwin.."
Muhasabah untuk diri dan sekalian pendamba syurga Tuhan.. Moga Allah meredhai segala usha kita ke arahNya..amin (,”) Renung2kan dan selamat bermujahadah.



“ Mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu manis”