Sabtu, 9 April 2011

HATI DAN AMAL



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’I , Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.
          Suatu hari ketika para sahabat duduk  bersama Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud : “ sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga.”
          Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya .Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada sebelah kiri. Keesokan hari Rasulullah s.a.w mengulangi perkataan yang sama : “ akan datang seorang lelaki penghuni syurga” . dan muncul juga lelaki yang sama .begitulah Nabi mengulanginya sehingga tiga kali.
          Seusai majlis Rasulullah  itu, Abdullah bin Amr bin al- Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh nabi itu dan beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.
          “Saya bertengkar dengan ayah saya , saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya .Bolehkah kamu beri tempat perlindungan kepada saya selama tempoh tersebut?” pinta  Abdullah bin Amr bin al- Ash r.a kepada lelaki itu.
          Abdullah diizinkan oleh orang itu untuk tidur di rumahnya dan bermalam di situ. Selama itu Abdullah menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga.Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan  sesuatu apa pun yang istimewa dalam ibadahnya.
          Kata Abdullah : “ setelah tiga hari aku tidak melihat kelebihan  amal hamba itu hatta aku hampir meremehkanya, lalu aku berkata : “ hai hamba Allah ! .sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya.Tetapi aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang dirimu sampai tiga kali, ‘akan dtang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.’.aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menuru jejak langkahmu.Mudah2an dengan amalan ayang sama aku mencapai kedudukanmu’. Berkata lelaki tersebut : ‘ Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan ’.
          Ketika aku mahu pulang dia memanggil ku dan berkata : “ Demi Allah , amalku tidak lebih dari apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan  rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.”
          “ Lalu aku berkata : ‘ begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu darpada perasaan dengki , inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu.Inilah yang tidak mampu kami lakukan.” ( Hayat As-sahabah , jijid 2).
          Sahabat2, besar pengajaran dapat kita ambil daripada kisah ini.Hati yang tidak menyimpan rasa dengki dan prasangka terhadap sesama muslim pada zahirnya nampak macam perkara biasa, bahkan sebenarnya ia adalah akhlak mulia yang sukar untuk kita capai dan amat tinggi kedudukannya di sisi Allah. Wallahu a’lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

apa kata mereka.(,")