Sabtu, 25 Jun 2011

Istikharahku membisikkan sesuatu…



Salam sejahtera buat teman2 yang  berkunjung di sini  dan sudi meluangkan masa membaca perkongsian di laman ini.Mudah-mudahan Allah memberkati usha kita bersama untuk terus setia dengan ilmu dalam usha untuk terus mendekat dengan-Nya.biiznillah (,”)

Entry kali ni nak berbicara pasal apa ye..rasanya perkara ini amat dekat dengan sahabat2 serta remaja-remaja khususnya yang sudah mencapai umur dewasa. kate orang umur 22 dah dewasa dan dikatakan ideal untuk merancang dan berfikir tentang itu..(itu org yang kata..saya tak kata pape..) tapi lazimnya bila orang dah kate tu mesti mereka dah buat kajian kan.. jadi boleh dianggap sebagai fakta kot.

Persoalan lazim remaja :
 “ bagaimana kita nak tahu si dia terbaik atau tidak ?”
“ lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke ?
“ Saya takudlah nak buat istikharah.takud nampak apa yang saya tak berkenan.”
Itulah antara persoalan-persoalan yang sering timbul dalam kalangan remaja berikutan kemusykilan ini..termasuklah yang punya blog ni kot...he2;) 

Ada satu kisah yang diceritakan dari seorang sahabat suatu ketika dulu.. ha2 macam gempak ja. Ceritanya tidaklah seindah mana.. ada seorang sahabat tu katanya ada seorang lelaki yang berusaha mengenalinya mengakui bahwa dia telah beristikharah untuk memilih jodoh yang terbaik untuknya.
Selang beberapa hari tak tahu jamnya lelaki tersebut telah didatangi petunjuk mengenai apa yang dihajati dalam mimpinya. Dalam istirehatnya malam hari  beliau bermimpi  mengenai masa depannya bersama si sahabat tadi.. lantas si lelaki itu yakin bahwa ukthi itu jodoh yang terbaik untuknya. Si ukhti tu pon mula bingung dan tertanya-tanya.adakah itu benar, atau itu hanya mainan syaitan.. yela kerna terlalu memikirkan hingga terbawak sampai ke tidur.sedangkan si sahabat tu belom dapat pape petunjuk pun dari istikharahnya dan  dia seolah-olah tak percaya akan pengakuan lelaki itu..  (yela soal hidup dan mati, tak semudah yang di sangkakan..bisik hati kecil)
Benarkah lelaki tersebut imam terbaik untuknya serta zuriatnya akan datang atau  memang belom sampai masenya untuk berfikir ke arah itu, kerna Tuhan masih mahu mendengar rintih hati itu dalam istikharahnya agar dia berpeluang mentahsin dirinya ke arah yang lebih baik..( moga di pertemukan jodoh dan pasangan hidup yang terbaik untuk mu...)
Sedikit perkongsian mengenai istikharah.. moga bermanfaat buat teman2..;)
            Rujukan bersama : Fatimah Syarha Mohd Nordin.

Apa Itu Istikharah?

Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat s
esuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.

Galakan Istikharah

Melihat galakan istikharah yang tinggi dalam Islam hingga ada yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).

Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah SAW bersabda: "Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah?

Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!

Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!

Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.

Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223).

Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .


 

Wanita Hanya Perlu Menunggu dan Beristikharah? Perlu ke Wanita Berusaha Mencari Jodoh?
Ye, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

1        .Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan.
Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesedian hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2        .Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa sms, call, puji-pujian dll), senang pula untuk dipersia-siakan.

3.       Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dsb yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

4.       Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.

5.       Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.


6.       Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasullah SAW.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

JODOH ITU TELAH DITETAPKAN, BEZANYA SAMA ADA KITA MENDAPATKANNYA DENGAN CARA MULIA ATAU CARA HINA. PILIHLAH…('',)






2 ulasan:

--Failisa Maskuri- berkata...

salam ustazah...ingatkan istikharah dye...hehehhe...
kadang2 bkn dlm soal jodoh ja perlu istikharah..manusia ni kekadang terlalu sempitkan sgt definisi istikharah tu...time nk kahwin bru nk wt istikharah...time2 len xplak nak dibuatnya...[tuju pada diri sndri...heheh]
bila istikharahmu mndapat jawapannya...segerakan apa yg perlu disegerakan ea..hehehhe...i'm waiting~~~~hihihihi

حميزة تامين berkata...

I know I’m waiting...
Waiting for something..
Something to happen to me...(,")

wslm..ha2.btol 2 ustazh.ak skong skali..ad lg y xjelas mengenai istikharah ni.. ad ustaz y myarankan tok buat istikharah ni stiap pg sblum mulakan pape kerja.. dgn hrapn setiap y dilakukan adalah pilihan y terbek..tp kdg bergantung masa n ksempatan gak.. buat mne y termampu.. y penting istiqamah.. klu time nk kwin je bru nk istikharah 2 mmg xptot kot..;)

Catat Ulasan

apa kata mereka.(,")