Selasa, 7 Februari 2012

sepanjang kembara...



 
Salam sejahtera buat sahabat2 yang sudi berkunjung ke mari…berkurun lamanya tak terupdate blog ni, konon busy la bagai..ha3..alasan je tu..

Alhamdulillah hingga saat ini masih diberi kesempatan, dikurniakan  umur yang panjang hingga ke hari ini untuk terus mentadbir di bumi  milik Tuhan sekalian alam. Segala puja dan puji selayaknya hanya pada Mu Ya Rabb.. selawat dan salam ke atas junjungan besar Khotimul Anbiya'.. pembawa nur ke sekalian alam..

Hahha.. tak  ada idea nak mulakan ngan ayat ape..blur sekejap lame x mengayat..Sebelom ni rasa semangat nak post something, tapi sekarang ni baru ada masa dan kelapangan nak menaip..ha2. sebelom ni agak busy, menyiapkan projek ilmiah dan assignmen2 tok sem lepas, maklumlah tugasan2 tok sem akhir agak bnyak.. dan tak semudah yang disangkakan,  disambung pulak dengan final examnye..tapi alhamdulillah dengan berkat usaha dan kekuatan yang dipinjamkan olehNya..segala tugasan dah setle, tinggal tunggu result je.. Bismillahi tawakkalna a'laAllah.

Bermula 26 jun 2008 sampai la ni.. dah dekat empat tahun gak study kat usim.. rase macam baru masuk ja, pastu nak kuar dah.. cepat betol mase berlalu.. kekadang tak sedar umur dah semakin meningkat tapi perangai masih keanak-anakan lagi. ha2 ape pon tak boleh.. 

Time hari-hari last sebelom memulakan latihan industri..perasaan bercampur baur, sedih tambah gembira, gembira sebab nak abih belaja kat usim, sedih sebab nak berpisah dengan kawan- kawan, masing-masing terbang membawa haluan diri.. ikut minat and potensi.. moga kalian sentiasa berada dalam redha dan peliharaan Allah.. selamat berjuang di medan LI..

Tempoh empat tahun menuntut di usim adalah tempoh yang agak lama, dan sepanjang tempoh 7 sem tu macam2 situasi telah dilalui, pahit manisnya, orang kate asam garam kehidupan di universiti sedikit sebanyak dah ditelan..mudah2an pengalaman tersebut membantu diri untuk mengharungi kehidupan yang seterusnya..alam kerja yang penuh mencabar dan memerlukan jutaan kesabaran.. tambah lagi alam rumahtangga yang bakal ditempoh bila sampai ketikanya nanti..

    Kenangan bersama Majmu’ah Al-Farashah…           

 Persiapan akhir menyiapkan brosur tempat2 perlancongan
di Shah Alam sebelum hari pertandingan berlangsung..
setelah 2 hari bekerja keras dan berkat kerjasama yang berterusan dari sume ahli,
alhamdulillah brosur farashah berjaya disiapkan dengan jayanya.. walaupun dalam tempoh itu macam2 conflik dihadapi, namun kami bahgia.. kerenah manusia tak semuanya sempurna..
perlu ada persepahaman & apa yang penting kerjasama..(",) 



Debaran penantian saat2 hakim mengumumkan keputusan pemenang video 
perlancongan yang bertuah..



Alhamdulillah..segala usaha berhasil.. 
walaupun tak dapat tempat johan dapat naib johan pon jadi..
  Puas hati dan syukur yang tak terhingga..tak sangka kemenangan menyebelahi kami.. membayangkan group persaing hebat2, rase awal2 dah menyerah.. 
redha dengan keputusan hakim ktenye.. 


Ucapan terima kasih dan sekalung perhargaan buat ustaz Hamad Kenali,
mushrif kami tok madah Bahasa Arab pengurusan, Ekonomi dan perlancongan..
walaupun hanya satu sem berguru dengannya tapi banyak benda baru 
dan pengalaman berharga kami belajar.. syukran ustaz
Barakallahufik dunya wal akhirah. 
Semoga Allah membalas tiap usha dan pengorbanan
 yang ustaz  lakukan dengan ganjaran kebaikan..amen.


antara detik indah..(^,^) 


sweet memories 4 us..;)
Ma’a Ahbab Al-Lughoh al-Arabiyah,  Arabic and communication programme FPBU
 batch 2008- 2012 



Antara kenangan semasa hari anugerah dekan tok sem2 akhir di usim.. 
Bittaufiq wan najah asdiqoi..(",)



   Hari terakhir bersama mushrif projek ilmiah tok sem 7.. 
Dr Yuslina Mohammed.
 Jazakillahu khairan kathira..
moga cita2 tok jadi macam Dr akan tercapai..
 cemburu dengan ilmu yang dimiliki dan kesungguhan beliau ketika berguru..


ahlan wa sahlan ke alam praktikal..




First day practical at Arabic Training & Consultancy
time2 semangat mula membara.. 
moga hasrat dan cita2 memartabatkan Bahasa Arab terlaksana..
Berkati dan rahmati segala usha kami Ya Rabb.. 
Robbi Yassir, wa la tuassir..Robbi tammim bil khoir.


Kembara ini memerlukan kekuatan...
 kembara ini memerlukan kesabaran..
kembara ini menagih ribuan ketabahan..
 agar diri mampu bertahan, kekal thabat dalam perjuangan 
tidak mudah goyah dan putus asa pada dugaan dan cabaran yang datang.. 
silih gantinya berhikmah dan  penuh dengan didikan langsung dari Rabb Yang Agong..


Tuhan..
dalam letih aku merintih..
kelemahan dan kelalaianku..
alpa dan dosaku..
aku lemah tak berdaya..
malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya dengan tercapainya keperluan..
padahal hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan-Mu Tuhan..
kuatkan aku Ya Rabb.. pimpinlah aku Ya Rahman..
kutiplah aku sekalipun di pinggiran rahmat-Mu..
Kurniakan taufik dan hidayah dalam hatiku 
agar aku selalu mendekat dengan-Mu..




2 ulasan:

AzaLi sejak AzaLi berkata...

mana gambir menangis gunting farashah?? hehee

حميزة تامين berkata...

hu3..gmbir..? gambr la.. mne ad..xnangis pon la..

Catat Ulasan

apa kata mereka.(,")